Home
Kenapa AskIT i-timetable
- Details
- Category: Uncategorised
- Published Date
- Written by Administrator
- Hits: 52
Kenapa i-TimeTable?
Melalui i-TimeTable pelbagai urusan dan masalah berkaitan dengan penjadualan dan penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan berkesan. Malah, i-TimeTable juga menjimatkan masa pihak pengurusan sekolah, guru dan pelajar. i-TimeTable membolehkan guru-guru menguruskan jadual waktu akademik, merancang jadual tugas bukan akademik, melihat dan mencetak jadual peribadi, mengemas kini maklumat peribadi, membuat informasi dan pengumuman berkaitan dengan tugas profesionalisme keguruan.

Penggunaan i-Time Table mampu membantu sekolah-sekolah dan IPT yang berhadapan dengan masalah sistem penyediaan jadual waktu. Ini bermakna, sistem ini memberi manfaat yang besar kepada sekolah dan IPT yang memerlukannya.
Penggunaan i-Time Table terbukti telah berjaya mengatasi masalah yang timbul dalam penyediaan dan pengurusan jadual waktu. Penjimatan dari segi masa untuk menyiap dan mengurusnya, keberkesanan dalam mengelak pertembungan jadual waktu guru dan kelas yang terlibat, mudah untuk diselia dan dibuat sebarang pindaan, selamat serta menjadi penanda aras dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadikan i-TimeTable bukan sahaja mesra pelanggan tetapi sekaligus membantu meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah. Oleh itu, i-TimeTable adalah suatu inovasi yang harus dilihat dengan pandangan yang positif oleh pihak pengurusan sekolah, institut dan pihak yang terlibat dalam penyediaan dan pengurusan jadual waktu.
Kelemahan-Kelemahan Sistem Jadual Sedia Ada
Sistem stand-alone (instalasi pada sesebuah computer)
Jadual waktu hanya boleh disediakan oleh seorang penyelaras jadual waktu
Jadual Waktu perlu dicetak oleh Penyelaras untuk diedarkan kepada guru dan murid
Proses Melaksanakan Guru Ganti tidak telus
Jadual waktu hanya boleh disediakan oleh seorang penyelaras jadual waktu
Jadual waktu hanya boleh disediakan oleh seorang penyelaras dengan menggunakan sebuah komputer yang telah dibuat instalasi sistem. Proses menyediakan jadual waktu mengambil masa yang lama dan cukup memeningkan kepala penyelaras Jadual Waktu kerana beliau seorang perlu memasukkan semua data guru, kelas, resos, agihan masa dan semua kriteria-kriteria bagi memuashati segelintir guru serta untuk mengelakkan pertindanan jadual waktu, mata pelajaran dan guru. Cuti akhir semester tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh beliau kerana terpaksa menyiapkan jadual waktu yang diamanahkan kepadanya oleh pihak pengurusan sekolah. Selain daripada itu, jika jadual waktu perlukan pindaan, penyelaras berkenaan akan pening kepala bersaorangan.
Jadual Waktu perlu dicetak oleh Penyelaras untuk diedarkan kepada guru dan murid
Oleh kerana jadual disediakan dengan menggunakan sebuah komputer, penyelaras Jadual Waktu perlu membuat cetakan untuk jadual kelas, jadual guru dan jadual resos. Proses ini perlu dilakukan berulangkali jika sekiranya terdapat perubahan dalam jadual waktu.
Proses Melaksanakan Guru Ganti tidak telus
Dengan sistem sedia ada, pihak pengurusan harus meneliti jadual induk yang mana saiz tulisannya (font) tentu agak kecil atau meneliti cetakan jadual guru-guru yang tidak hadir ke sekolah untuk membuat jadual guru ganti. Oleh itu, agak sukar bagi pihak pengurusan untuk membuat jadual guru ganti yang adil dan lebih telus kepada semua.
Kelebihan i-timetable
- Details
- Category: Kelebihan i-timetable
- Published Date
- Written by Administrator
- Hits: 54
Kelebihan-Kelebihan i-timetable
- Penurunan kuasa (empowerment) kepada panitia
- Mengurangkan Tekanan
- Menjimatkan kos
- Memudahkan penyelarasan jadual sekiranya ada kemasukan guru baharu.
- Peningkatan tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian
- Proses Penyediaan Guru Ganti Yang Telus
Penurunan kuasa (empowerment) kepada panitia
Sistem penjadualan i-TimeTable memberi fokus kepada penurunan kuasa kepada pantia. Ini merupakan perubahan baharu dalam pelaksanaan jadual waktu. Penentuan jadual waktu boleh ditentukan oleh panitia masing-masing. Penurunan kuasa kepada panitia masing-masing bermakna setiap panitia mempunyai kuasa menentukan jadual waktu panitia.
Mengurangkan Tekanan
Biasanya, jadual waktu sekolah dilaksanakan oleh seorang penyelaras jadual waktu …. Bayangkan, jika kerja itu dibahagikan kepada sepuluh orang … Tugasan pembinaan jadual waktu akan menjadi lebih mudah dan ramai yang akan berpuas hati. Oleh itu, tekanan kerja seperti perlu mematuhi kekangan masa, perlu memberi kepuasan kepada ramai guru, perlu membuat pembetulan apabila ada pertukaran atau perubahan tugas tanggungjawab dapat dikurangkan.
Menjimatkan kos
Penggunaan i-TimeTable dapat mengurang kos terutamanya kos percetakan. Melalui penggunaan i-TimeTable, tidak ada kos percetakan yang perlu ditanggungkerana pembinaan jadual waktu askit iTimeTable adalah berasaskan web, oleh itu semua pihak yang terlibat boleh mencetak sendiri melalui web. Pelaksanaan i-TimeTable ini adalah selaras dengan dasar penjimatan negara.
Memudahkan penyelarasan jadual sekiranya ada kemasukan guru baharu.
Semasa penggunaan jadual waktu konvensional, setiap kali ada guru baharu melaporkan diri, Penyelaras Jadual Waktu akan berhadapan dengan masalah untuk menyediakan jadual bagi guru berkenaan kerana kemungkinan akan berlaku pertembungan masa atau kelas. Namun, melalui penggunaan i-TimeTable, masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah kerana masalah pertembungan jadual waktu tidak akan berlaku sama sekali. Ini ialah kerana sistem ‘Clash-Smasher Technology’ mengelakkan berlakunya pertindanan guru atau kelas. Setiap Panitia boleh menyediakan jadual waktu panitia masing-masing mengikut keperluan panitia.
Peningkatan tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian
Sistem penjadualan iTimeTable mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi yang akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan iaitu pihak pengurusan, guru, pelajar dan ibu bapa. Penggunaan i-TimeTable melambangkan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem penyampaian maklumat dan meningkatkan literasi komputer dalam kalangan warga pendidik. iTimeTable mampu meningkatkan kecekapan organisasi demi memastikan pelanggan berpuas hati dengan pelaksanaan dan pengurusan jadual waktu.
Proses Penyediaan Guru Ganti Yang Telus
Dengan penggunaan sistem i-TimeTable, proses penyediaan guru ganti menjadi lebih telus kerana bukan sahaja pihak pengurusan, malah semua guru dapat mengakses analisa jumlah gantian bagi semua guru.

